gravatar

Pengenalan Blog


Konsep blog muncul pada sekitar tahun 1990an. Blog juga merupakan sebagai jurnal online. Biasanya penulis menjadikan blog ni sebagai diari kehidupan dan bercerita berkenaa sesuatu isu. Ada juga yang menjadikan blog sebagai tempat perhubungan sesebuah komuniti. Bezanya blog dan web adalah, blog selalu diupdate sama ada setiap hari, 2 kali seminggu atau seberapa kerap yang mungkin (bergantung kepada empunya blog). Manakala web pula tidak diupdate selalu.

Wazi pula menjadikan blog sebagai tempat perkongsian ilmu. Orang jiwa kacau macam wazi ni tak suka meluahkan perasaan kat blog. Rasanya tak ada guna sumbat semua tu ke dalam blog. Menyemak je! Hehe. Blog juga mampu memberikan pendapatan sampingan atau utama. Nilai pendapatan bergantung kepada kerja yang dilakukan oleh korang sendiri.

Blogspot dan Wordpress adalah paling popular buat masa sekarang ni. Untuk korang yang nak cuba-cuba belajar buat blog, trylah guna blogspot sebab blogspot lebih mudah untuk digunakan dan amat sesuai bagi newbie. Wazi sendiri pun guna blogspot.

Kalau korang perlukan bantuan atau ada pertanyaan, boleh la hubungi wazi di facebook nanti ya. InsyaAllah wazi tolong semampunya. Klik je button follow kat sebelah kiri blog wazi ni ok.